Saturday, August 4, 2012

Calon pilihan

Perempuan yang saya suka untuk jadikan pasangan


Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Al-Nur 24 :26)

Kebelakangan ini, banyak pertanyaan tentang jodoh. Saudara-mara, bapa saudara, mak saudara, sahabat handai, jiran sebelah bertanyakan soalan yang sama.
“Ni dah ada ke belum?.” Soalan itu sahajalah yang keluar. Saya tak pasti kenapa. kenapa ya? Saya rasa saya belum layak untuk ditanyakan soalan yang sedemikian rupa. Tiada jawapan yang spesifik untuk itu. Tetapi apa yang saya boleh jawab.
Yang sederhana.
Dan saya sentiasa tersenyum bila melafazkannya.

Definisi sederhana
Sehingga kini, saya belum dapat menterjemahkan apakah itu ’sederhana’ yang saya maksudkan. Hem. Masalah juga ni. Haha.
Saya nak kena mendalami sikit situasi saya agar dapat menterjemahkan ’sederhana’ yang saya maksudkan. Senang nak menjawab kalau orang tanya.
Tetapi sekurang-kurangnya saya dapat me’rasa’kan ’sederhana’ itu.
Oh, ’sederhana’ itu amat menyenangkan.

Kesederhanaan itu, sayang yang tak terungkap
Jeles tak kalau tengok couple yang saling mengambil berat?
Jawapan jujur, saya cemburu. Wah, kamcingnya mereka berdua.
Jeles tak kalau tengok pasangan tunang yang hubungan mereka sweet habis?
Jawapan jujur, saya cemburu. Wah, seronoknya!
Jujurnya, kita suka kalau pasangan kita menzahirkan kasih sayang dia kepada kita. Bahkan, apatah lagi kalau kita ini dikelilingi oleh mereka yang risaukan kita.
“Eh, tak nampak hangat pun hubungan kau dengan dia?”
“Dia nampak macam tak suka kau je?”
“Korang berdua ni, sebenarnya ok tak?”
Haha. Memang akan pening kepala dibuatnya. Kadangkala kita akan rasa macam hubungan di atas syara’ ni tak seronok kan?
Tetapi saya suka kita kembali kepada definisi sayang.
“Apa itu sayang?”
“Hendak bersama hingga ke syurga. Tidak akan melempar ke neraka.”
Nah, bukankah ke’sederhana’annya dalam berhubungan dengan kita satu bentuk ’sayang’?
Bukankah dia telah meyelamatkan kita?
Apakah yang lebih memuaskan hati daripada kebenaran ini?
Oh, sederhana memang indah.

Penutup: Saya suka perempuan yang sederhana
Sederhana itu indah.
Untuk dunia dia menyenangkan.
Untuk akhirat dia menyenangkan.
Dia tidak terlalu memberatkan hingga kita terasa susah.
Dia tidak terlalu meringankan hingga kita terasa dilalaikan.
Saya suka perempuan yang sederhana.

Sabda Rasulullah saw :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah
(Ibni Majah)

p/s: Selamat pengantin baru diucapkan kpd rakan sekelas Asilah Zainal Rasid & suami yg akan melangsungkan perkahwinan pada 3 Syawal nanti.. Moga ikatan yang dibina berkekalan.. Barakallah.. 

Thursday, June 28, 2012

ANTARA MESIR, HOSNI MUBARAK DAN AMERIKA



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Taa, Siin, Miim.(1)
Inilah ayat-ayat Kitab - Al-Quran - yang memberi penjelasan.(2)
Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman.(3)
Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.(4)
Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).(5)
Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu.(6)
(Surah Al-Qasas: 1-6)
P/S: Walaupun Islam sudah tertegak di Mesir, tetapi ingatlah bahawa musuh Islam tidak akan berdiam diri dan akan sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan Islam semula. Ayuh umat Islam sedunia, marilah kita semua bersatu menyambut panggilan yang satu. Sama-sama kita mengambil ibrah daripada peristiwa yang lalu. Semoga kita menjadi seorang hamba yang tidak berhenti mengharap redhaNYA. Wallahua’lam.

Sunday, June 24, 2012

TIADA TAJUK-HANYALAH PUISI SEORANG ANAK


Sepi..

Sungguh sepi..

Tahukah kamu terusan menyepi..



Lama.

Sungguh lama..

Kami menanti..

Benar tiada lagi suaramu

Membaluti hidup kami

Menyemai kami dengan kata-kata hikmah


Kami ingin dewasa di depan mu,

Kami ingin mengadu pada mu seperti mereka yang lain,

Kami ingin kamu menghantar jejak kami ke sekolah,

Kami ingin pulang melihatmu bekerja dirumah,

Kami ingin berkongsi kejayaan dengan kamu,


Tapi kita jauh,

Kamu di sana bersamaNya,

liku hidup kami masih muda rentaknya

alam kita terpisah penuh infiniti

Bahagialah Abah disana dengan

Iringan doa dari anak-anak mu.


# SENTIASALAH DOAKAN IBUBAPA KITA MESKIPUN MEREKA MASIH HIDUP.

SEDEKAHKAN AL-FATIHAH BUAT MEREKA SETIAP HARI #