10 Tempat Terbesar di Dunia
10. Suvarnabhumi Airport, Thailand

Diketahui bahawa lapangan terbang Suvarnabhumi adalah salah satu lapangan terbang terbesar di Asia Tenggara, dengan ruang tunggu yang luas serta ruang kendali dan ruang pentadbiran yang luas juga, jumlah keseluruhan luas seluruh bangunan ini adalah sebesar 563,000 m (tidak termasuk lapangan landasan pesawat).
9. Hong kong International Airport, China

Peringkat sembilan masih tetap dikuasai oleh lapangan terbang, namun kali ini bukan dari Asia Tenggara, melainkan dari China, iaitu Hong kong International Airport, sebagai salah satu lapangan terbang tersibuk di dunia, bangunan bandara ini mempunyai luas sebesar 570,000 m.
8. K-25, USA

K-25, USA adalah sebuah pusat pengeluaran dan penelitian uranium milik Amerika Serikat yang berada di daerah Tennesee. Bangunan ini dibangunkan pada tahun 1945 dan menelan belanja hingga 512 juta dollar. Seluruh kawasan bangunan ini adalah seluas 609,000 m.
7. Pentagon, USA

Pentagon adalah markas pusat ketenteraan dan pertahanan Amerika Serikat, jadi tidak hairanlah jika Pentagon mempunyai luas yang sangat luar biasa, hal ini karana di Pentagon terdapat banyak senjata dan berbagai teknologi tentera milik Amerika Serikat, luas seluruh bangunan ini mencapai 610,000 m.
6. The Palazzo, USA

Peringkat 6 masih tetap diduduki oleh Amerika Syarikat, namun kali ini bukan bangunan tentera, tetapi merupakan sebuah hotel dan kasino megah yang berada di Amerika Serikat. The Palazzo Hotel And Resort merupakan bangunan mewah dengan binaan kelas satu. Luas bangunan ini mencapai 645,581 m.
5. Berjaya Times Square, Malaysia

Berjaya Times Square adalah sebuah pusat shoping dan hiburan terbesar di Malaysia. Di dalam Berjaya Times Square terdapat dua hotel bintang lima, pusat perbelanjaan, pejabat, taman indoor, dan kemudahan mewah lainnya, luas bangunan ini adalah 700,000 m.
4. The Venetian, Macau, China

Sebagai tujuan judi utama sekaligus peneraju judi dunia, Macau memerlukan sebuah tempat kompleks yang di dalamnya ada kasino, hotel, mall dan sebaginya. Dan The Venetian lah jawapannya, tempat ini memenuhi semua syarat sebagai tempat rehat jutawan Macau, luas The Venetian ini mencapai 980,000 m.
3. Beijing Capital International Airport, China

Beijing Capital International Airport adalah lapangan terbang penting di China, Beijing Capital International Airport tercatat sebagai lapangan terbang tersibuk ke-8 dunia serta lapangan terbang terluas ke-2 di dunia, luas lapangan terbang ini mencapai 986,000 m.
2. Aalsmeer Flower Auction, Belanda

Aalsmeer Flower Auction adalah sebuah pusat pasar bunga dunia, setiap harinya, ribuan dan jutaan bunga datang untuk dipasarkan ke Belanda dan seluruh Eropah, luas pasar bunga terbesar di dunia ini mencapai 990,000 m.
1. Dubai International Airport, Dubai

Dubai International Airport adalah lapangan terbang terbesar di dunia, dengan 97 eskalator, 157 lif, 180 check-in counters, dan ruang parking yang boleh menampung sehingga 2600 kenderaan membuat lapangan terbang ini terpilih sebagai bangunan terluas di dunia dengan luas keseluruhan bangunan mencapai 1,500,000 m.
