Wednesday, January 6, 2010

Empayar Barack Obama Menakluk Negara Islam

OBAMA MENAKLUK NEGERI-NEGERI KAUM MUSLIMIN MULAI DARI TURKI HINGGA KE MESIR DAN MELEWATI REJIM PEMERINTAHAN SAUDI

Belum pun dua bulan Obama berkunjung ke Istanbul dan memberikan ucapannya di sana, kini dia mengalihkan pula sasarannya ke wilayah Kinanah (Mesir) melalui Jazirah Arab. Dia kemudian disambut oleh rejim Mesir pada pagi hari Khamis (4/6/2009) dengan sambutan bak pahlawan yang baru pulang dari medan tempur dengan membawa kemenangan! Sejak pukul 9 pagi, di mana pesawat yang dinaikinya dijadualkan akan mendarat, bahkan jauh sebelum itu, sudah tampak pengawalan yang amat ketat. Pasukan keselamatan kelihatan di mana-mana.

Pelbagai bunga dan hiasan ucapan selamat berderetan menyambut Obama, Presiden Amerika, pemimpin kekufuran, yang hingga kini masih tetap menumpahkan darah umat Islam di Afghanistan, Pakistan, dan Irak. Rejim Mesir telah menyiapkan di setiap penjuru kawasan, pelbagai konvoi yang lengkap dan tercanggih, pasukan elit bersenjata, limosin mewah berserta alunan muzik. Kemudian, pemimpin rejim Mesir menyambut si kafir ini dari pintu Istana Kubah dengan sambutan hangat dan penuh penghormatan.

Lalu, dari sana, Obama pergi menuju ke Universiti Cairo untuk berdiri di mimbar kehormat yang telah dipersiapkan khusus untuknya, lalu menyampaikan ucapannya kepada kaum Muslimin! Isi ucapan yang disampaikan Obama tidak ada bezanya dengan polisi umum mantan presiden Amerika sebelumnya dan juga mantan-mantan presiden AS sebelum ini, baik dalam hal perang yang dilancarkan Amerika ke atas negeri-negeri kaum Muslimin, isu Palestin, hubungan erat dengan entiti Yahudi, isu senjata nuklear mahupun isu-isu lainnya. Isi pidato Obama tidak keluar daripada usaha merealisasikan kepentingan Amerika, mulai dari awal hingga akhir, di mana semuanya merupakan usaha AS untuk menarik public opinion kaum Muslimin agar “memahami” bahawa perang yang dilancarkan Amerika di negeri-negeri kaum Muslimin selama ini adalah perlu dan bersandar atas kebenaran.

Namun demikian, dilihat dari sudut bentuk penyampaian, pidato yang disampaikan Obama memiliki keistimewaan melebihi para pemimpin sebelumnya. Penyampaian Obama dibaluti dengan penipuan yang begitu halus dan sempurna sehingga sesiapa sahaja yang mendengarkan perkataannya akan beranggapan bahawa ucapan tersebut tidak lebih dari usaha Obama untuk mewujudkan hubungan baik dengan dunia Islam. Inilah kehebatan Presiden AS ini dari seni penipuan dan penyesatan melalui permainan kata-katanya.

Allah SWT berfirman, “Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata, kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?” [TMQ al-Munafiqun (63):4].

Ini dilihat dari sudut usaha Obama membangun hubungan umum. Sedangkan jika dilihat dari sudut isu-isu sensitif dan isu-isu lain yang dapat diamati, isi ucapannya itu merupakan suatu yang sangat pedas, tajam, jelas dan tanpa terlindung, memanifestasikan permusuhannya yang tidak mengenal maaf terhadap kaum Muslimin.

Allah SWT mengingatkan kita, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka ini tidak henti-henti (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian daripada mulut mereka, apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” [TMQ Ali Imran (3):118].

Obama memulakan pidatonya dengan melontarkan berbagai ancaman kepada mereka yang disebutnya sebagai puak teroris dan puak ekstremis di Afghanistan dan Pakistan dan Obama berikrar tidak akan sekali-kali bertolak-ansur dengan golongan ini. Bahkan dia menyeru semua negara untuk berperang dengan golongan tersebut. Dengan bangganya Obama mengatakan bahawa dirinya telah mengumpulkan 46 buah negara untuk membantunya berperang di Afghanistan. Tidak cukup dengan itu, Obama telah (benar-benar) mengebom Pakistan, baik secara langsung mahupun tidak. Dalam hal ini, dia tidak merasa bersalah sama sekali, bahkan dia menilainya sebagai pembunuhan yang “mulia”, meskipun yang dibunuhnya itu kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Sungguh, semua pembunuhan itu dapat disaksikan dengan jelas di Afghanistan.

Namun, tragedi pembunuhan wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua ini dijustifikasikan oleh tentera Obama sebagai suatu 'kesilapan', bukannya kesengajaan! Sekiranya pembunuhan kejam ini tidak tersiar, nescaya mereka akan mengatakan bahawa kesemua yang mereka bunuh adalah para ekstremis!

Sesungguhnya, setiap Muslim yang berpegang teguh dengan agamanya, yang tidak ingin negerinya diduduki dan dijajah oleh Amerika, atau seorang Muslim yang tidak ingin tempat-tempat sucinya dirampas oleh bangsa Yahudi, maka Muslim seperti inilah yang dinilai Obama sebagai seorang ekstremis! Meskipun telah jelas pelbagai kejahatan dan pembunuhan secara ganas yang terus-menerus dilakukannya di Afghanistan, Pakistan, dan Irak, namun Obama tidak henti-henti mengatakan bahawa dia tidak ingin memerangi Islam dan kaum Muslimin, seperti yang telah dia katakan di Turki. Sungguh benar sekali Rasulullah SAW yang telah memberi gambaran tentang siapakah manusia yang tidak tahu malu, dengan sabda baginda, “Jika kamu tidak tahu malu, maka berbuatlah sesukamu.” [HR Muslim].

Tentera Amerika telah melakukan pembantaian di negeri-negeri kaum Muslimin dan melancarkan peperangan kejam ke atas umat Islam siang dan malam yang mengakibatkan ribuan nyawa melayang dan jutaan orang menjadi pelarian meninggalkan negeri yang sebelumnya memberikan ketenangan dan keamanan kepada mereka. Namun demikian, Obama masih sahaja mengatakan bahawa dia tidak ingin memerangi kaum Muslimin.

Kemudian ketika Obama beralih ke isu Palestin di dalam ucapannya itu, dia dengan lantang dan berterus-terang mengatakan bahawa hubungan keselamatan dan hubungan lainnya antara Amerika dan Yahudi (yang telah merampas tanah Palestin) teramat rapat dan tidak dapat dipisahkan. Presiden AS itu dengan tegas menyatakan bahawa negara Yahudi harus tetap wujud di atas tanah yang didudukinya (Palestin) dan dia tidak akan menerima apa pun alternatif selain ini! Obama seterusnya menekankan solusi dua-negara (two-state solution), iaitu hak bangsa Yahudi atas sebahagian besar tanah Palestin, sementara tanah yang tersisa sedikit, jika pun ada, disebut sebagai ‘negara’ bagi warga Palestin. Kemudian dengan liciknya, Obama cuba ‘menarik’ sensitiviti umum, bahawa dia ingin menghentikan pembinaan penempatan Yahudi.

Obama sesungguhnya bukan bermaksud untuk menghapuskan penempatan Yahudi (yang sedia ada), cuma mahu menghentikan pembinaannya (yang baru) sahaja. Itu pun, dia hanya akan menghentikannya setelah puak Yahudi melihat tidak ada lagi tanah yang aman bagi mereka, kecuali dengan dibangunkan benteng dan istana. Keinginan menghentikannya itu pun tidak akan dilakukan begitu sahaja, tetapi mesti ada persyaratannya, iaitu umat Islam harus menghentikan setiap bentuk perlawanan dan permusuhan terhadap Yahudi, sebagaimana yang ditegaskan di dalam road map tajaan Amerika.

Obama seterusnya berucap tentang isu senjata nuklear di mana Iran menjadi fokus utamanya. Dia menginginkan rantau Timur Tengah yang bersih dan bebas daripada senjata nuklear dan tidak ada perlumbaan pembinaan senjata nuklear di dalamnya. Di sini, Presiden AS ini sama sekali tidak menyentuh entiti Yahudi walau sedikit pun, padahal dia tahu dengan jelas bahawa institusi Yahudi adalah negara berkekuatan nuklear. Meskipun semua ucapannya dipenuhi ancaman dan penentangan terhadap umat Islam, namun rejim Mesir telah menyambut baik si kafir ini, walhal dia datang dengan penuh kejahatan dan kelicikan dengan mulut yang manis. Semua ini dilakukan Obama demi menutup wajah hodohnya menumpahkan darah umat Islam yang tak berdosa di bumi Afghanistan, Irak dan Pakistan.

Rejim Mesir telah siap mengatur orang-orangnya yang akan bersorak-sorai dan memberikan tepukan atas ucapan jelek, keji dan beracun ini, sehingga tergambar di sana adanya persetujuan dari orang-orang Mesir atas racun yang ditiupkan oleh Obama dalam ucapannya itu. Sesungguhnya sorak-sorai dan tepukan gemuruh yang telah dirancang ini menjadi bukti bagi setiap insan yang celik. Bagaimana mungkin seseorang boleh memberi tepukan tentang solusi dua-negara? Apakah seorang Muslim boleh menerima, malah bersorakan dan memberikan tepukan gemuruh terhadap penyelesaian ‘membahagi-dua’ negara yang penuh barakah, tanah Israk dan Mikraj, antara pemilik yang hak dengan golongan kafir yang telah merampasnya? Bagaimana mungkin mereka bersorak-sorai dan memberikan tepukan, padahal Obama telah memalingkan ayat-ayat Allah dari maknanya yang sebenar, ketika dia menyebut Firman Allah,

“Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya.” [TMQ al-Ma’idah (5):32].

Menurut Obama, ayat ini ditujukan kepada mereka yang disebut sebagai ekstremis Muslim! Padahal ayat ini merupakan ayat yang pertama kali diturunkan kepada Bani Israel. Namun, Obama menuduh seorang Muslim yang membela agamanya, keluarganya, dan memerangi orang-orang yang menyerangnya, sebagai telah membunuh semua manusia. Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh entiti Yahudi, yang membunuh warga Palestin, merampas tanahnya, mengusir dari rumah-rumahnya, menodai kehormatan dan kesuciannya serta kerosakan demi kerosakan yang dilakukan Yahudi, maka semua itu di mata Obama bukan pembunuhan ke atas semua manusia! Begitu juga pembantaian yang dilakukan Amerika terhadap kaum Muslimin, di mata Obama juga bukan pembunuhan seluruh manusia.

Benarlah Firman Allah, “Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.” [TMQ al-Kahfi (18):5].
Bagaimana mungkin mereka boleh memberi tepukan gemuruh kepada orang yang mengatakan dengan jelas bahawa masalah di Palestin bukan disebabkan oleh penempatan sedia ada Yahudi, tetapi oleh sebab adanya pembinaan penempatan baru, (penempatan baru) inilah kononnya yang tidak sepatutnya ada!? Bukankah hanya talibarut rejim sahaja yang akan sanggup bersorak-sorai dan memberikan tepukan atas perkataan buruk dan keji Obama ini? Bagaimana mungkin mereka boleh memberi tepukan gemuruh kepada Obama yang dengan jelas mengumumkan bahawa al-Quds (Jerusalem) yang dibebaskan oleh Saidina Umar dan para panglimanya melalui perjanjian Umariyah, yang menetapkan bahawa tidak seorang pun Yahudi yang boleh tinggal di dalamnya, lalu dibebaskan pula oleh Salahuddin, adalah tanah air yang kekuasaannya dikongsi bersama antara kaum Yahudi, Kristian dan Islam? Padahal al-Quds (Jerusalem) sudah lama disandarkan kepada bangsa Timur dan tidak pernah dikaitkan dengan bangsa Barat! Sesungguhnya semua sorakan dan tepukan itu penuh dengan kedustaan.

Rejim Mesir tidak akan mampu menyembunyikan fakta ini, meskipun mereka menyiapkan pentas sandiwara yang hebat untuk Obama agar Obama dilihat sebagai seorang yang adil dan bertolak ansur. Rejim Mesir juga tidak dapat menyembunyikan dirinya sebagai penyembah Amerika daripada sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara walaupun ia (rejim Mesir) cuba menzahirkan kononnya ia berpandangan neutral terhadap Palestin dan Yahudi yang dianggapnya mempunyai hak yang sama, walhal hakikatnya adalah jelas bahawa ia (rejim Mesir) berpihak kepada Yahudi laknatullah!

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya Obama mendatangi kalian dengan “pakaian ibadah”, agar dia dapat memanfaatkan kalian, sementara kalian tidak merasa atau sedar bahawa kalian dimanfaatkan. Justeru, Obama sesungguhnya jauh lebih berbahaya daripada orang yang terang-terangan atau secara terbuka memusuhi kalian. Semua ini dilakukannya agar kalian sepakat menyerahkan urusan kalian kepadanya. Hakikatnya, watak Obama adalah saling tak tumpah dengan perwatakan Amerika di bawah Bush sebelumnya.

Sesungguhnya bagi Amerika, berada di bumi kalian terasa sangat sempit sekali, meskipun ia dikelilingi oleh golongan elit dan penguasa kalian yang merupakan talibarut mereka kesemuanya. Sesungguhnya Amerika berada dalam kepanikan dan ketakutan terhadap kalian meskipun mereka dilengkapi dengan persenjataan berat dan moden. Jika tidak demikian, tentu Amerika akan mengumumkan secara terbuka permusuhannya terhadap kalian. Dalam keadaan dia menceroboh dan membunuh saudara kalian di bumi kalian sendiri, Obama tetap ingin kalian bergembira dan memberikan tepukan kepadanya. Dengan menampakkan senyuman yang manis, Obama berusaha menarik rasa suka dan kesetiaan kalian kepadanya, seumpama kata pepatah, “Dia datang kepadamu dengan senyuman yang manis di bibirnya, sementara ia menerkammu seperti seekor serigala.”

Wahai kaum Muslimin! Obama tidak memilih untuk menjelajah ke negeri-negeri kalian tanpa pertimbangan. Dia memulainya dari Istanbul, melalui Jazirah Arab dan berakhir di wilayah Kinanah (Mesir). Dia tidak memilih semua itu secara rawak, namun dengan penuh kesedaran. Istanbul merupakan wilayah al-Fatih, ibu kota Khilafah yang pernah berdiri kukuh sebagai benteng daripada dominasi Yahudi ke atas Palestin.

Obama juga menyedari bahawa wilayah Jazirah Arab adalah wilayah ibukota Khilafah yang pertama, yang daripada sana Umar berjaya membebaskan al-Quds (Jerusalem). Dan Obama juga menyedari bahawa wilayah Kinanah (Mesir) adalah pusat kekuasaan Salahuddin, yang daripada sana Salahuddin membebaskan al-Quds daripada kaum Salibiyyin. Obama menyedari semua itu dan kerana itulah dia datang ke negeri-negeri tersebut membawa mesej untuk umat Islam bahawa era kemuliaan kaum Muslimin dahulu sudah lenyap dan berkubur. Kini, autoriti dan kekuasaan berada di tangan Obama dan sekutunya, serta di bawah hegemoni Amerika.

Sesungguhnya, kaum kafir penjajah lebih banyak mengetahui pusat-pusat kekuatan umat Islam daripada sebahagian kaum Muslimin sendiri. Mereka mempelajari sejarah kita, mempelajari agama kita, mengerti sumber-sumber kekuatan kita dan mengerti karakter terbaik yang dikembang oleh umat Islam.

Jadi, bukanlah suatu kebetulan apabila Obama menyebut Firman Allah, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal...” [TMQ al-Hujurat (49):13].

Dan dia berhenti di situ, tanpa meneruskan hingga ke akhir ayat, iaitu, “...Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.”

Obama tidak menyebut tentang takwa yang akan menjadikan umat Islam paling mulia dan paling perkasa dan dengan ketakwaanlah umat Islam akan menjadikan Amerika dan pengikutnya sebagai umat yang paling rendah dan paling hina.

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya, Obama dalam ucapannya itu berusaha untuk memperlihatkan bahawa dirinya adalah pemimpin dunia. Untuk itu, dia menyiapkan bagi dirinya para penguasa boneka di negeri-negeri kalian, di mana penguasa-penguasa boneka tersebut memberinya sebuah mahkota melebihi apa yang dia inginkan. Mereka menyerahkan bumi berserta pelbagai kemudahan dan perhiasannya untuk Obama. Bahkan mereka memberi Obama beragam perhiasan dan kesenangan yang tidak mudah didapati oleh Obama di negerinya sendiri.

Keadaan Obama dengan para bonekanya ini tidak ubah seperti keadaan Fir’aun dengan kaumnya, “Maka Firaun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.” [TMQ az-Zukhruf (43):54].

Jika benar Obama adalah seorang yang cerdas dan pintar seperti yang terzahir daripada ucapannya, dia akan sedar bahawa sesungguhnya wilayah Istanbul, wilayah Jazirah, dan wilayah Kinanah (Mesir) tidak pernah menerima, apalagi menyambutnya.

Jika Obama seorang yang bijak, dia pasti sedar bahawa orang yang menyambutnya hanyalah sekumpulan para pengkhianat daripada rejim-rejim yang tidak lama lagi akan disingkirkan daripada kehidupan kaum Muslimin. Obama juga pasti sedar bahawa segala keindahan kata-kata dan pernyataan dusta yang dilontarkan di dalam ucapannya, tidak akan mampu mempengaruhi umat Islam yang ikhlas dan berakal yang benar-benar mengerti akan apa yang dizahirkan dan disembunyikanya.

Sesungguhnya sorak-sorai dan tepukan gemuruh yang didengarnya itu, semuanya ini tidak datang kecuali daripada orang-orang hina yang telah siap dibayar oleh penguasa rejim yang menganjurkan sambutan keji tersebut.

Sesungguhnya Hizbut Tahrir mengumumkan kepada Obama dan kepada dunia, bahawa Islam memiliki para pejuang yang akan menegakkan Daulah Khilafah yang akan lahir semula menjadi negara nombor satu di dunia. Bukan dengan cara mengekploitasi dunia, menjajah, dan merampas kekayaannya, namun, Daulah Khilafah akan datang untuk menegakkan keadilan, menghapuskan kezaliman, mengembalikan setiap hak kepada yang berhak, kemudian akan mengusir Amerika agar kembali ke rumahnya sendiri dalam keadaan hina-dina dan lemah tidak berdaya.

Daulah Khilafah seterusnya akan menghapuskan kaum Yahudi laknatullah yang telah merampas tanah yang diberkati Palestin, sehingga semua negara umat Islam akan kembali bersatu dan berdiri teguh menjadi bahagian dari Negara Islam. Bumi akan kembali bersinar dengan tegaknya Khilafah dan kebaikan akan tersebar dan dinikmati di seluruh penjuru dunia. “Dan Allah berkuasa terhadap (wujudnya) urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” [TMQ Yusuf (12):21].




Tuesday, January 5, 2010

Otak kita dan zikir

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
















Rahsia Tidur

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.
(Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)


Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'.
Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'. Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.
(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi SallAllahu Alaihi Wasallam rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

Mencarut Lagi!!!!

Salam,

Entri ini ditulis berdasarkan keadaan semasa. Saya sebagai manusia biasa pun pernah mencarut. Tetapi sekurang-kurangnya, saya tidak jadikannya sebagai bahan rutin yang dikeluarkan dari mulut anugerah ALLAH.

Mulut ini dicipta oleh Allah adalah untuk mengatakan perkataan baik seperti membaca quran berzikir, berkata benar dan sebagainya. Mencarut bukan benda yang main-main, ALLAH sangat membenci orang yang suka mencarut. Malah Rasululullah sendiri pernah bersabda dalam hadith di dalam sahih Muslim :

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah

Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian rasulullah terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya. Mampukah kita selamat diakhirat kelak tanpa mendapat label sebagai seorang umat rasulullah.

Cukupkah amalan kita untuk masuk ke syurga jika rasulullah tak mengaku kita sebagai umat? Syafaat (privillege) umat rasulullah amat besar di akhirat kelak, maka rugilah kita sebagai umat rasulullah secara automatik, tidak diakui oleh rasulullah sebagai umatnya.

Mencarut boleh jadi dalam berbagai bentuk, boleh jadi dalam bentuk percakapan bahkan untuk zaman yang serba canggih, internet dan komputer ini, penulisan di blog ataupon di laman2 web sosial seperti Facebook dan sebagainya menjadi media untuk mereka meluahkan perasaan mereka. Semakin lama semakin mudah untuk kita mencarut. Sehinggakan seorang yang bisu, buta pon boleh mencarut.

Ingatlah sahabat, perbuatan yang keji dan terkutuk ini tak sepatutnya ada pada kita sebagai umat islam dan umat rasulullah. Hidup kita takkan menjadi berkat jika kita dibenci. Bukan hanya dibenci orang, malah ALLAH dan RasulNya pon membencinya. Mana lagi ruang kita nak cari untuk mencari keberkatan?

Dari keberkatan lah kita akan dapat kebahagiaan dunia dan diakhirat, kebahagiaan rumahtangga. Masakan isteri atau suami kita menyukai kita mencarut? selesa dengan cara hidup kita dengan mencarut? Kebahagiaan melalui perkataan carutan? Ada ke? Fikirkanlah wahai sahabatku.

Memang sedap dan puas hati bila kita mencarut. Saya sendiri pun tak menafikannya. Malah saya pun pernah merasainya. Tapi kebaikannya hanya terbatas setakat itu sahaja. Malah keburukannya berganda-ganda banyaknya.

Tak perlu disebutkan lagi keburukan, anda sendiri dapat fikir. Masing-masing berpelajaran tinggi. Tambahan pula, banyak keburukan telah saya sebutkan samada secara langsung atau tidak di awal artikel ini.

Syaitan tak pernah putus asa dalam menggoda kita untuk melakukan perkara yang dilarang. Ingatlah, syaitan lebih senang dan suka hidup bersama mereka yang mengikuti godaan mereka.

Dibenci Allah, Rasul dan masyarakat tetapi disukai syaitan? Adakah itu pilihan kita? Jika itulah pilihan kita, terpulanglah.

Jadi, sahabat-sahabat yang membaca artikel ini, marilah kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Niat artikel ini ditulis ikhlas untuk menarik diri ini dan sahabat-sahabat sekalian supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah.

Kita nak hidup cool, macho, chill, urban, sempoi, chic or wutever term boleh, tapi ada batasannya. Saya sendiri pun suke kehidupan sempoi-sempoi. Bak kate Mawi, dunia, dunia jugak akhirat jangan lupe. Mintalah berubah jangan jadikanya sebagai rutin.


Jazakumullah

Rahsia Kecantikan Wanita Idaman

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.